i'll shine from up above
thanx ~alone..

:: terasa ::

well ini post pertama aku dari bilik baru.. dah ada internet skali.. aku yg cucuk dan setting sendiri.. utk kemudahan jugak.. xkan aku asik nak pinjam pc azu jek dia pon ada keje gak.. skrg ni boss dgn ct dah kuar.. aku plak xde keje. aku just carik gambar utk buku APEC tourism tuh. dan cuba buat cover buku tu seskit..

hmm ari ni aku tengok bebudak sini pandang2.. dan aku terdengar2 juga org persoalkan 'kenapa dia duduk atas ha?' tadi pun khairul naik atas tanya2 aku best ke duduk atas. aku senyum je lah..

ada 2-3 org yg mcm pandang sinis pada aku. bila aku senyum pun buat tak tau. sedih dan terasa jugak aku. bukan aku yg mintak utk duduk kat bilik ni. seriously aku xkisah pun duduk kat tempat asal aku iaitu dlm bilik encik amir. lebih mudah utk aku kerja sbb dekat dgn encik amir dan takde tekanan sbb kat atas ni boss dekat, tekanan tu lebih la. ntahlah susah aku nak ckp.. aku pun dah la jenis pendiam, org pulak pandang dan ntah la. aku betul betul xde mood ari ni. rasa cam nak nanges jek tapi aku tabahkan hati ni. semua benda yg aku buat semua je xkena di mata orang. kalau xdpt puaskan hati semua orang, puaskah hati aku sendiri?

hmmm.. ya tuhan, permudahkan lagi perjalanan hidupku..

aku ni asik memintak jer kan. dah dpt kerja aku sgt bersyukur, tapi cuma agak kurang selesa dgn keadaan yg org pandang aku semacam. ingat aku bodek boss ke apa? mana ada. aku terima seadanya. walaupun keyboard dan mouse ni xbest tapi aku xde la demand nak baru. pendek kata apa yg disediakan di sini semua aku terima tanpa byk songeh. sapa aku nak mintak itu ini? lagipun semua ni encik amir yg punya suggestion pada boss. supaya aku ada privacy dan xpening2 waktu berkarya.

tapi skrg aku pening di sini....................................

scribbled by:: starry @ 11:36 ::



Comments: Post a Comment


perfection is boring
scars define me.
they are reminders of adventure, conflict n pain, which proves that u tried life, taken risk n rose triumphant.
a scar is a badge of battles big n small; the victor not important as survival is the ultimate winner..


bjorkescape  xdekeje  berr  missynana pindah
farique suruh update
memetik petunjuk..
terurai
runsing tapi lega..
password request
the end is the beginning is the end
sahabat sejati
blog bukan lagi tempat menjadi jujur
bicara hati
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006